Template Calendar Printing
Muat turun template calendar printing mengikut jenis dan saiz kalendar untuk menyediakan artwork yang lebih tepat sebelum proses printing.
Template tersedia untuk Kalendar Kuda, Kalendar Islam, Table / Desk Calendar, Custom Wire-O Wall Calendar dan Hot Stamping Desk Calendar.
Pilih jenis dan saiz calendar terlebih dahulu, download template yang sepadan, buat design menggunakan actual size dan pastikan semua elemen penting berada dalam safe zone sebelum menghantar artwork untuk semakan.
Kenapa Perlu Gunakan Template Sebelum Design?
Setiap calendar mempunyai ukuran, finishing dan kawasan selamat yang berbeza. Menggunakan template yang betul sejak awal membantu mengurangkan risiko artwork perlu dibuat semula selepas design siap.
Saiz Yang Betul
Artwork dibuat mengikut ukuran sebenar produk yang akan dicetak.
Bleed Yang Cukup
Background boleh dilanjutkan dengan betul untuk proses cutting.
Safe Zone
Logo, text dan elemen penting berada jauh daripada kawasan potong.
Layout Lebih Tepat
Kedudukan branding dan informasi boleh dirancang sebelum production.
Format Artwork Yang Kami Terima
Artwork perlu dihantar dalam bentuk softcopy. PDF disarankan untuk penghantaran artwork final.
Format yang disarankan untuk artwork final kerana lebih mudah mengekalkan susunan design ketika fail dihantar.
Adobe Illustrator
Sesuai untuk artwork vector, logo, typography dan corporate design.
Adobe Photoshop
Sesuai untuk artwork yang menggunakan gambar atau raster image.
Canva
Design boleh dibuat menggunakan Canva dan dihantar dalam format PDF.
Gunakan CMYK Untuk Calendar Printing
Proses printing menggunakan CMYK colour mode. Jika artwork dibuat menggunakan Adobe Illustrator atau Photoshop, sebaiknya gunakan CMYK sejak awal.
Pengguna Canva pula mungkin menghasilkan artwork dalam persekitaran RGB bergantung kepada kaedah export dan akaun yang digunakan. Artwork akan diperiksa sebelum printing dan penukaran warna mungkin diperlukan.
Kenapa warna boleh berbeza?
Skrin komputer dan telefon menggunakan cahaya RGB, manakala hasil printing menggunakan dakwat CMYK.
Oleh itu, sedikit perbezaan antara warna pada skrin dan hasil cetakan boleh berlaku.
Semakan Artwork Percuma
Sebelum artwork diteruskan ke proses printing, kami boleh membuat semakan teknikal asas pada fail yang dihantar.
Pastikan nama, ejaan, nombor telefon, alamat, website, tarikh, harga, QR code dan semua maklumat dalam artwork telah disemak sebelum memberi final approval.
Boleh Guna Design Daripada ChatGPT atau AI Generator?
Artwork yang dihasilkan menggunakan ChatGPT atau AI image generator boleh dihantar kepada kami untuk semakan terlebih dahulu.
Untuk digunakan dalam printing, artwork perlu mempunyai saiz yang sesuai, bleed yang mencukupi, resolusi tinggi dan composition yang sesuai dengan template produk.
AI-generated artwork biasanya menggunakan RGB. Proses printing pula menggunakan CMYK, jadi pemeriksaan dan pelarasan mungkin diperlukan.
Gunakan AI sebagai moodboard
Untuk kawalan artwork yang lebih baik, visual AI boleh digunakan sebagai idea atau moodboard kemudian direka semula menggunakan Adobe Illustrator, Photoshop atau perisian grafik lain.
Perkara Penting Untuk Artwork AI
Artwork AI biasanya bukan fail design yang fully editable. Text, gambar dan objek yang terhasil menjadi sebahagian daripada imej dan tidak semestinya boleh diedit secara berasingan.
Text AI
Jika terdapat kesalahan ejaan atau nombor dalam gambar AI, ia mungkin perlu direka semula kerana bukan editable text.
Photo & Object
Elemen dalam visual AI tidak mempunyai layer seperti fail Illustrator atau Photoshop asal.
Semak Kandungan
Pelanggan perlu menyemak semua wording, gambar dan informasi sebelum artwork disahkan.
Panduan Penggunaan Template Calendar
Template menggunakan beberapa garisan panduan untuk membantu anda menentukan kawasan design, cutting dan safe area.
Garisan Hijau
Pastikan background design melangkaui garisan hijau pada semua sisi supaya tiada ruang putih muncul selepas proses cutting.
Garisan Merah
Garisan merah menunjukkan kawasan saiz akhir selepas dipotong. Elemen di luar garisan ini akan hilang semasa proses cutting.
Garisan Biru
Letakkan logo, text, QR code dan elemen penting di dalam kawasan ini supaya tidak terlalu hampir dengan trim line.
Download Template Calendar Printing
Pilih template berdasarkan jenis calendar, saiz dan orientation yang akan ditempah.
Template Kalendar Kuda & Kalendar Islam
Template untuk ready-made wall calendar dengan custom header.
150 × 150mm
Untuk Kalendar Kuda dan Kalendar Islam Medium Size.
Canva: gunakan PDF atau PNG Transparent sebagai panduan.
206 × 230mm
Untuk Kalendar Kuda dan Kalendar Islam Large Size.
Canva: gunakan PDF atau PNG Transparent sebagai panduan.
260 × 265mm
Untuk Kalendar Kuda dan Kalendar Islam Extra Large.
Canva: gunakan PDF atau PNG Transparent sebagai panduan.
Template Table / Desk Calendar
Template Hard Stand Table Calendar dalam format Portrait dan Landscape.
150 × 215mm
PDF template boleh digunakan sebagai panduan untuk Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Canva.
Download Template PDF215 × 150mm
PDF template boleh digunakan sebagai panduan untuk Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Canva.
Download Template PDFTemplate Custom Wire-O Wall Calendar
Large wall calendar format untuk full custom artwork.
297 × 420mm
Finished size 297 × 420mm. Sesuai untuk Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Canva.
Template Hot Stamping Table / Desk Calendar
Pilih orientation sebelum menyediakan artwork.
170 × 150mm
Cover: 170 × 150mm
Content: 170 × 150mm
150 × 215mm
Cover: 150 × 215mm
Content: 150 × 215mm
Cara Menggunakan Template Dalam Canva
-
01
Pilih Template
Pilih mengikut jenis dan saiz calendar.
-
02
Cipta Canvas
Gunakan ukuran actual size dalam Canva.
-
03
Upload Template
Gunakan PDF atau PNG sebagai reference.
-
04
Buat Design
Pastikan background sampai ke bleed.
-
05
Semak Safe Zone
Logo dan text penting mesti berada dalam safe area.
-
06
Export PDF
Download artwork final sebagai PDF.
-
07
Final Check
Semak ejaan, nombor, gambar dan QR code.
-
08
Hantar Artwork
Hantar PDF kepada kami untuk semakan.
Checklist Sebelum Hantar Artwork Calendar
Jangan Gunakan Template Saiz Lain Tanpa Pelarasan
Template Medium 150 × 150mm tidak boleh terus digunakan untuk Large 206 × 230mm atau Extra Large 260 × 265mm.
Begitu juga artwork Table Calendar Portrait tidak sepatutnya terus digunakan untuk Landscape tanpa mengubah layout.
Pilih produk → pilih saiz → download template → baru mula design.Semakan Artwork Sebelum Printing
Jika anda tidak pasti sama ada artwork sudah memenuhi keperluan printing, hantarkan design untuk semakan sebelum production.
Semakan teknikal membantu mengenal pasti isu pada saiz, bleed, safe zone, resolusi dan format fail, tetapi pelanggan tetap perlu memastikan semua kandungan adalah tepat.
Soalan Lazim Template Calendar Printing
Template mana perlu saya download?
Pilih template berdasarkan jenis calendar, saiz dan orientation yang akan ditempah.
Format mana paling sesuai?
Untuk artwork final, PDF biasanya paling mudah untuk dihantar. Jika design dibuat menggunakan Adobe Illustrator atau Photoshop, simpan juga fail asal untuk rujukan.
Boleh guna Canva?
Ya. Gunakan PDF atau PNG Transparent sebagai reference dan pastikan canvas dibuat mengikut actual size template.
Boleh guna ChatGPT atau AI untuk design?
Boleh dihantar untuk semakan. Artwork perlu mempunyai saiz, bleed dan resolusi yang sesuai. AI juga boleh digunakan sebagai moodboard sebelum design disediakan semula menggunakan graphic software.
Kenapa warna hasil print mungkin berbeza dengan skrin?
Skrin menggunakan RGB manakala proses printing menggunakan CMYK. Perbezaan sistem warna boleh menyebabkan sedikit perubahan pada hasil cetakan.
Perlu bleed?
Ya. Background yang hendak sampai ke bahagian tepi perlu dilanjutkan ke kawasan bleed.
Apa fungsi safe zone?
Safe zone ialah kawasan yang disarankan untuk meletakkan logo, text, QR code dan elemen penting supaya tidak terlalu hampir dengan trim line.
Adakah artwork akan diperiksa?
Ya. Semakan teknikal asas artwork disediakan sebelum printing. Pelanggan tetap perlu memastikan semua kandungan dalam design tepat.
Download Template Sebelum Mula Design
Tentukan jenis calendar, saiz, orientation dan jumlah pages terlebih dahulu supaya artwork dapat disediakan berdasarkan spesifikasi produk yang betul.
Lihat Semua Template