Template Design
Template Calendar
Muat turun template kalendar kosong sesuai dengan perisian design pilihan anda untuk hasil cetakan yang optimum. Panduan penggunaan template disertakan untuk memudahkan proses design. Semua design menggunakan mode warna CMYK.
Untuk pengguna Canva percuma, template asal berwarna RGB. Kami akan menukar kepada CMYK, namun sedikit perbezaan warna mungkin berlaku.
Setiap design perlu dihantar dalam bentuk softcopy, sama ada PDF (disarankan) atau format asal fail. Bagi pengguna Canva, sila simpan dan hantar design sebagai PDF. Semakan artwork disediakan secara percuma.
Panduan Penggunaan Template
Full Bleed (garisan hijau)
Pastikan background design anda melangkaui garisan hijau pada semua sisi supaya tiada ruang putih selepas dipotong.
Trim Size (garisan merah)
Garisan merah menandakan kawasan yang akan dipotong. Sebarang elemen yang berada di luar garisan ini akan hilang semasa pemotongan.
Safe Zone (garisan biru)
Letakkan semua elemen penting seperti teks, logo, dan imej utama di dalam kawasan ini untuk memastikan ia kekal selamat dan tidak terpotong.


Medium Size Template 150mm x 150 mm
Muat turun template kalendar 150mm x 150mm dalam format AI, PSD, atau PDF. Untuk Canva, gunakan PDF atau PNG transparent dan terus upload untuk design.

Large Size Template 206mm x 230 mm
Muat turun template kalendar 206mm x 230mm dalam format AI, PSD, atau PDF. Untuk Canva, gunakan PDF atau PNG transparent dan terus upload untuk design.

Extra Large Size Template 260mm x 265 mm
Muat turun template kalendar 260mm x 265mm dalam format AI, PSD, atau PDF. Untuk Canva, gunakan PDF atau PNG transparent dan terus upload untuk design.
