About Calendar Printing Malaysia
CalendarPrinting.com.my dikendalikan oleh Thrive Impact Resources (003550833-X), sebuah perniagaan percetakan yang telah beroperasi sejak 2013 dan berpusat di Kajang, Selangor.
Kami menyediakan perkhidmatan calendar printing untuk syarikat, SME, organisasi, NGO, institusi pendidikan dan pelanggan di seluruh Malaysia yang memerlukan kalendar untuk promosi, corporate gift dan kegunaan tahunan.
Siapa Kami
Thrive Impact Resources mula beroperasi pada tahun 2013 dan terlibat dalam pelbagai jenis kerja percetakan untuk pelanggan perniagaan, organisasi dan individu.
Melalui CalendarPrinting.com.my, kami memberi fokus kepada calendar printing di Malaysia dengan pilihan produk seperti Kalendar Kuda, Kalendar Islam, Wire-O Wall Calendar, Hard Stand Table Calendar dan Hot Stamping Desk Calendar.
Kami memahami bahawa pelanggan yang ingin membuat tempahan kalendar bukan sekadar mencari harga. Mereka juga perlu memahami saiz, material, jumlah halaman, artwork, MOQ, tempoh pengeluaran dan penghantaran sebelum membuat keputusan.
Pengalaman Printing Sejak 2013
Pengalaman lebih daripada sedekad dalam industri printing membantu kami memahami proses tempahan daripada peringkat awal sehingga produk siap dihantar kepada pelanggan.
Pilih Produk
Tentukan jenis, saiz dan format calendar yang diperlukan.
Tentukan Kuantiti
Pilih quantity berdasarkan bajet dan tujuan pengedaran.
Artwork
Sediakan artwork menggunakan template dan spesifikasi yang betul.
Semakan
Artwork dan specification disemak sebelum production.
Printing
Order masuk ke proses printing dan finishing.
Delivery
Kalendar siap dibungkus dan dihantar kepada pelanggan.
Produk Calendar Printing Kami
Kami menyediakan beberapa jenis calendar printing untuk memenuhi keperluan promosi, corporate gift dan kegunaan organisasi.
Kalendar Kuda
Kalendar dinding tradisional Malaysia dengan kandungan ready-made dan ruang header untuk custom branding syarikat.
Kalendar Islam
Kalendar dinding dengan kandungan tarikh Hijrah dan informasi kalendar Islam untuk organisasi, sekolah, surau dan masjid.
Wire-O Wall Calendar
Pilihan full custom untuk corporate branding, photography, product showcase dan design khas.
Hard Stand Desk Calendar
Table calendar dengan rigid hard stand dan Wire-O binding untuk corporate gift dan kegunaan pejabat.
Hot Stamping Desk Calendar
Pilihan desk calendar premium untuk corporate gift, executive gift dan customer appreciation.
Calendar Bukan Sekadar Untuk Semak Tarikh
Bagi kami, kalendar bukan sekadar alat untuk melihat tarikh. Apabila direka dengan baik, ia boleh menjadi medium branding yang digunakan dan dilihat sepanjang tahun.
Logo, nombor telefon, laman web, QR code, produk, servis dan mesej syarikat boleh dimasukkan dalam design supaya jenama terus kelihatan di ruang kerja, rumah, kedai atau pejabat pelanggan.
Kami Utamakan Spesifikasi Yang Jelas
Salah satu perkara yang kami tekankan ialah pelanggan perlu memahami produk sebelum membuat tempahan.
Artwork Untuk Calendar Printing
Artwork adalah salah satu bahagian penting dalam proses calendar printing. Kami menggalakkan pelanggan menggunakan template yang betul sebelum memulakan design.
Saiz artwork, bleed, safe area, resolution dan susunan design perlu dirancang dengan betul supaya artwork sesuai untuk proses printing.
- Adobe Illustrator
- Adobe Photoshop
- Canva
Design daripada AI atau ChatGPT boleh digunakan sebagai idea atau moodboard. Artwork akhir perlu disediakan semula dalam format yang sesuai untuk printing.
Siapa Yang Kami Layani
Sepanjang operasi, kami mengendalikan keperluan printing untuk pelbagai jenis pelanggan.
Tempahan Calendar Dari Seluruh Malaysia
Walaupun operasi kami berpusat di Kajang, Selangor, kami menerima tempahan daripada pelanggan di seluruh Malaysia.
Penghantaran boleh dibuat ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bergantung kepada produk serta keperluan penghantaran.
Printing experience
Kenapa Pilih Calendar Printing Malaysia?
Spesifikasi Yang Jelas
Material, saiz, binding, MOQ dan pilihan produk diterangkan sebelum pelanggan membuat order.
Pilihan Produk Lengkap
Daripada ready-made wall calendar hingga full custom desk dan Wire-O calendar.
Pengalaman Sejak 2013
Lebih daripada sedekad mengendalikan keperluan printing untuk pelbagai jenis pelanggan.
Lokasi Kami
Calendar Printing Malaysia
Dikendalikan oleh
Thrive Impact Resources (003550833-X)
10-1-3, Jalan Puteri 2A/3
Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang
Selangor, Malaysia
Sila hubungi kami terlebih dahulu sebelum datang supaya urusan anda dapat kami sediakan lebih awal.
Hubungi Kami
Untuk pertanyaan tentang spesifikasi, harga, template atau tempahan calendar printing.
Misi Calendar Printing Malaysia
Misi kami adalah untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan kalendar dengan menyediakan maklumat yang jelas, produk yang praktikal dan proses tempahan yang lebih teratur.
Kami mahu pelanggan mengetahui dengan jelas apa yang mereka tempah sebelum artwork disahkan dan production dimulakan.
Printing Experience Since 2013
CalendarPrinting.com.my diwujudkan sebagai platform khusus untuk pelanggan yang mencari wall calendar, desk calendar, corporate calendar dan promotional calendar di Malaysia.
Dengan sokongan pengalaman Thrive Impact Resources sejak 2013, kami terus menyediakan pilihan calendar printing untuk keperluan perniagaan dan organisasi.